Back

ⓘ Peristiwa



                                               

Peristiwa cakerawala

Peristiwa cakerawala atau peristiwa samawi ialah fenomena astronomi yang melibatkan satu atau lebih objek langit. Beberapa contoh peristiwa cakerawala ialah fasa kitaran Bulan, gerhana matahari dan bulan, transit dan penghijaban, istiqbal dan ijtimak planet, pancuran meteor, dan lintasan komet, solstis dan ekuinoks.

                                               

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

                                               

Peristiwa kepupusan Ordovisia–Silur

Peristiwa kepupusan Ordovisia-Silur merupakan peristiwa kepupusan terbesar kedua dalam sejarah Bumi berdasarkan peratusan genera yang pupus. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap spesies-spesies laut dan mengakibatkan kepupusan sepertiga famili brachiopoda dan bryozoa serta sejumlah kumpulan conodont, trilobita dan graptolita. Peristiwa kepupusan Ordovisium-Silur berlangsung pada masa Hirnantia pada tempoh Ordovisium dan pada masa Rhuddania pada tempoh Silur. Peristiwa terakhir berlangsung pada jangka waktu 455-430 juta tahun yang lalu, atau dalam kata lain berlangsung dari tempoh Ordo ...

                                               

Peristiwa anoksia

Peristiwa anoksia lautan atau peristiwa anoksia berlaku apabila lautan Bumi sepenuhnya kesusutan oksigen di bawah paras permukaan. Istilah serupa euksinia merujuk keadaan anoksia dalam kehadiran H 2 S hidrogen sulfida. Sungguhpun peristiwa anoksia tidak berlaku selama berjuta-juta tahun, catatan geologi menunjukkan bahawa ini sudah berlaku berkali-kali dahulu. Peristiwa anoksia mungkin telah menyebabkan kepupusan besar-besaran. Kepupusan besar-besaran ini termasuk sesetengah yang digunakan oleh ahli geobiologi sebagai penanda masa dalam pentarikhan biostratigrafi. Peristiwa anoksia lautan ...

                                               

Peristiwa berdarah Tak Bai

Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.

                                               

Peristiwa Kampung Medan

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari. Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan. Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana ...

                                               

Peristiwa Mukden

Peristiwa Mukden, atau Peristiwa Manchuria, merupakan sebuah kejadian yang dilakukan oleh anggota tentera Jepun sebagai pemula akan serangan Jepun pada tahun 1931 ke atas timur laut China, yang juga dikenali sebagai Manchuria. Pada 18 September 1931, Lt. Suemori Kawamoto dari Unit Garison Kemerdekaan 独立守備隊 meletupkan sejumlah kecil kuantiti dinamit berdekatan dengan sebuah landasan keretapi yang dimiliki oleh syarikat South Manchuria Railway milik Jepun berdekatan dengan Mukden kini Shenyang. Letupan ini tidak kuat dan gagal untuk memusnahkan landasannya, dan sebuah keretapi melaluiny ...

                                               

Ufuk peristiwa

Dalam kerelatifan am, ufuk peristiwa ialah rantau dalam ruang masa di luar yang peristiwanya tidak dapat mempengaruhi pemerhati luar. Dalam kata mudah, ia ditakrifkan sebagai petala "titik tiada kembali", iaitu, sempadan tarikan graviti objek leluasa menjadi sangat besar menjadikan melepaskan diri mustahil. Ufuk peristiwa sering sekali dikaitkan dengan lohong hitam. Cahaya yang dipancarkan dari dalam ufuk peristiwa tidak akan mencapai pemerhati luar, dan pemerhati luar tidak dapat lihat di luar ufuk peristiwa. Tambahan pula, sebarang objek yang menghampiri ufuk berkenaan dari sisi pemerhat ...

                                               

Peristiwa Memali 1985

Peristiwa Memali yang juga digelar pihak polis sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus merupakan insiden yang berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200 anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan sasaran utama pada masa itu ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Insiden ini merekodkan bahawa 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta ...

                                               

Peristiwa Banja Luka

Peristiwa Banja Luka yang berlaku pada 28 Februari 1994, merupakan sebuah peristiwa di mana enam buah pesawat penyerang ringan, satu tempat duduk J-21 Jastreb milik Tentera Udara Republika Srpska di mana empat buah darinya ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat di barat daya Banja Luka, Bosnia dan Herzegovina. Ia merupakan pertempuran aktif pertama yang berlaku dalam sejarah NATO.

                                               

Peristiwa Bermakna

Peristiwa Bermakna merupakan pembubaran paksa kor janissari Empayar Uthmaniyah oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826 berikutan suatu pemberontakan dilangsungkan kebanyakan dari 135.000 anggota Janissari menentang pemerintahan baginda. Setelah pemberontakkan ini dikalahkan, para pemimpinnya dihukum mati, dan ramai anggotanya dibuang negeri atau dipenjara. Kor ini terbubar kemudian dibubarkan dan digantikan dengan pasukan tentera yang lebih moden.

                                               

Peristiwa astronomi

Peristiwa astronomi ialah objek atau fenomena astronomi yang tempohnya mungkin dari beberapa saat hingga beberapa hari, minggu, atau bahkan beberapa tahun. Ini berbeza dengan skala masa berjuta-juta atau berbilion tahun apabila galaksi dan bintang komponennya di alam semesta kita berevolusi. Secara tunggal, istilah ini digunakan untuk kejadian angkasa yang ganas, seperti supernova, nova, ledakan nova kerdil, ledakan sinar gamma, dan kejadian gangguan pasang surut, serta mikrolensing graviti, transit, gerhana, dan komet. Peristiwa ini adalah sebahagian daripada topik astronomi domain masa y ...

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →